Tuesday 6 November 2012

Hari ini

Alhamdulillah hari ini sangat istimewa, alhamdulillah hari ini sangat gembira, alhamdulillah hari ini sangat menyeronokkan dan alhamdulillah hari ini sangat bahagia. Alhamdulillah.




Masa tidak pernah menunggu manusia. Hari demi hari berlalu, minggu demi minggu, bulan berganti bulan, tahun hampir ke penghujungnya, terpulang kepada kita untuk menghargai dan bersyukur terhadap setiap nikmat yang ada pada kita ketika ini. Alhamdulillah. Masa berlalu, memori tercipta tidak kira manis mahupun pahit. Tidak semua pahit itu derita, dan manis itu sememangnya gembira dan bahagia.

Dan hari ini, 06 November 2012. Hari kita. Alhamdulillah.


# Yang manis jadikan kenangan, yang pahit perbetulkan :)



Thursday 25 October 2012

Gambar lagi

Beraya di perantauan untuk kedua kalinya. Salam Aidiladha!





# Ada kisah di Hari Raya Aidiladha tahun lalu :)

Thursday 18 October 2012

Sorry

Sorry, Minta maaf, Aasif..

I've hurt you again. Sorry. Semuanya salah sendiri. Over thinking :(




# I care and think too much and that's how we get hurt. Not only me but both of us. Sorry, I love you. 






Friday 28 September 2012

Art Exibition

Hai hai! Hari ini sangat boring! Ok fullstop.

Abaikan ayat diatas. Hahaha :D 
Tengok tu gambar di bawah. Alhamdulillah pameran seni kami sudah tamat dan berjalan dengan lancar. Macam x percaya pula, kami semua kreatif. :p

Hari terakhir pameran seni.

Diadakan selama 3 hari berturut-turut dari 18 hingga 20 September 2012. Macam sangat lama tapi realiti  nya masa berlalu sangat pantas. (Antara tanda kiamat ialah masa berlalu begitu pantas) 3 hari berada di dewan brooke dari pagi hingga petang tapi best dan x boring. Serius! Sebab~ Hehehe 

Ne salah satu hasil karya tokoh seni. :D

Asemblaj

Kalau x taw apa 2 asemblaj, search ja di google. InsyaAllah jumpa apa yang anda cari. Hee~ :D
Pengkarya memilih kehidupan sebagai tema. Mesej yang hendak beliau sampaikan ialah kehidupan kita diibaratkan seperti kenderaan. Kenderaan tidak akan berhenti selagi pemandu kepada kenderaan tersebut tidak menghentikannya. Seperti kita selagi kita diberi peluang oleh Pencipta kita untuk terus hidup didunia ini, kita akan terus hidup. Selagi diberi peluang tersebut, maka hargailah ia. (uuh beliau) Hahaha..
Dan~~ Secara rasminya sgt berterima kasih kepada pencetus idea hasil karya ini. Thank you Myra :)

Ne pula hasil karya kedua :D

Anyaman

Okay karya ini adalah paling memberi cabaran kepada pengkarya sebab cikgu maw juga tradisional yang dianyam oleh tumbuh-tumbuhan. Tapi nasib baik ada hero. So~ Thank you! Terima kasih! I love you! :) Hasil karya yang sangat simple tapi bila ia hasil usaha dan titik peluh sendiri nampak macam cantik ja. Hahaha. Bukan nak berbangga tapi anda akan rasa sendiri perasaan 2 bila dapat hasilkan atau siapkan sesuatu benda yang pada mulanya x terfikir pun dapat buat benda 2. Biar orang x pandang dan hargai tapi diri sendiri rasa puas! :D

Pengarah IPGKBL pun ada datang :)

Pelajar2 SK Batu Lintang :)

Cikgu Shalman sedang memberi penerangan :)

Kawan2 satu batch :)

Memang sgt best. Banyak masa diluangkan bersama. Macam2 kita buat, gambar2 dan rakam video. Bila ingat balik, senyum sampai telinga, ketawa sorang2. Kita ja yang tahu :)

Meow :)

Kereta :)


# Cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakit juga :)


Monday 27 August 2012

Soon

I've found an awesome tumblr just now:





Macam best ja doodle ne. Kalau blogwalking, mesti akan terjumpa photo doodle. Dan ia sangat menarik sebab gambar yang simple tp cute dan unik (skema betul ayat ne =.='). Something yang simple tp kita benar2 maksudkan. I will have my own doodle soon. InsyaAllah.

Tengok ne simple tapi mmg itu yang dirasakan dan dimaksudkan:


:)


# I want to make my own doodle for our story and memory :)







Thursday 9 August 2012

Husnuz zon

Pesan pada diri:




# Smile. Looks better. Life goes on, Allah knows what we really feel and He'll reward every patience we have in heart :)

Thursday 2 August 2012

Marhaban ya Ramahan





Rindunya zaman sekolah menengah terutama bulan Ramadhan ne: sahur ramai2, buka puasa ramai2, tadarus ramai2, terawih ramai2, iftar jamaie. Semuanya ramai. Meriah betul bulan Ramadhan zaman sekolah menengah. Rindu~  :(


# Don't count the days of Ramadhan, just make everyday count :)




Saturday 21 July 2012

Selamat Datang

Ahlan wasahlan ya Ramadhan~ :)

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "(Bulan Ramadhan) adalah bulan adalah permulaannya adalah rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan pengakhirannya adalah kebebasan dari api neraka".




Alhamdulillah. Kita masih dipanjangkan umur dan diberi peluang untuk merasai nikmat bulan yang penuh barakah ini, bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. InsyaAllah :)


InsyaAllah 

Salah satu kelebihan bulan Ramadhan selain bulan dimana diturunkan alQuran, bulan Ramadhan juga terdapat solat terawih, solat sunat yang mempunyai 20 rakaat dan diakhirnya ditutup dengan solat sunat witir (bilangan rakaat mestilah ganjil). Solat terawih hanya terdapat dalam bulan Ramadhan dan lebih afdhal kita kerjakan solat sunat ini berbanding tadarus sekiranya time 2 ada masih jemaah yg sdg berterawih. Sebab tadarus kita boleh buat bila2 masa juga dan berkemungkinan tadarus kita itu juga boleh menganggu jemaah yang sedang solat sunat terawih.

"Lebih afdhal kerjakan solat terawih berbanding tadarus kerana solat sunat terawih ini hanya terdapat dalam bulan Ramdhan. Tadarus pula boleh dilakukan bila2 masa dan kemungkinan ia mengganggu org yg sdg solat" (Ustaz Ali)


Harapan Ramadhan by Manbai & Raihan


# Ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna :)

Saturday 14 July 2012

Our story



Perkenalan bermula di IPG tanpa rasa, perasaan dan sebagai classmate. Perkenalan yang rupanya kita ada "mutual friend" :D. Perkenalan yang hanya tahu nama sahaja. Then, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, semester hampir ke penghujung dan kita mula saling bertukar cerita, makin rancak berkongsi cerita dan sampai satu tahap kita berkongsi rasa dan perasaan yang sama. :) 

It's not easy as ABC

Permulaan kisah kita sangat perlahan. I never know about love. I don't know how to treat you. Rasa malu dan takut berdepan. Memang pelik! Lama2 baru rapat then menjadi lebih akrab sampai sudah boleh bergurau, marah, merajuk and gaduh antara satu sama lain. Kita kongsi pelbagai cerita dan kisah. Kita boleh habiskan masa berjam-jam hanya cerita benda yg logik dan kadang-kadang yang tidak masuk akal (bunga ros hitam, salji, power rangers, superman, cs, dota dll) Hahaha!

Kami byk perbezaan, saya pemarah, dia penyabar. Saya sensitif, dia cool. Saya suka cari pasal, dia selalu mengalah. Dia tegur, saya terima. Dia cikgu, saya anak murid. Pemikiran dia berbeza dengan pemahaman saya. Saya banyak karenah dan dia la yang paling sabar melayan. Sorry and thanks for everything. <3 
Tapi dlm byk perbezaan ada persamaan antara kami dua. :p

It's you :)



# I want our relationship to be like Tom and Jerry, no matter how many times we fight we won't be apart. InsyaAllah :)




Monday 2 July 2012

Saturday 30 June 2012

Dia

Dia ne kuat sangat ketawa, and kalau nangis pun sebenarnya dia lah yang paling kuat. TAPI bukan nangis yang meraung-raung, tapi paling kuat means sgt mudah tercicir air mata dia. Disebalik dia kuat ketawa, sebenarnya dia sangat sensitif!

Tapi dia nangis bukan depan orang ramai. Orang sekeliling dia sudah biasa nampak dia senyum, ketawa. So dia akan hindarkan diri dia bila rasa maw nangis. Kalau maw menangis depan orang pun, dia hanya nangis dgn org yg dia sayang. Tapi jangan hairan la lepas nangis dia boleh ketawa balik. Hahaha. Seperti tiada apa yang berlaku. Rasa lega sebenarnya selepas menangis.


Dia ketawa sebab benda yang simple and dia nangis pun sebab benda yang remeh. Tak paham langsung kan. Tapi sangat setuju la dengan gambar di atas tu. Ketawa dan tidur la juga ubat yang paling berkesan. Kalau dia sudah menangis tu sebenarnya, dia sudah x tahan tu. Maybe sudah terlalu lama dia x keluarkan air mata. Dan hari ini dia perlu keluarkan air mata itu.


# Dia itu siapa? :)


Wednesday 13 June 2012

Life here for hereafter

"Aku telah lama kelakar, baru hari ini kamu ketawakan aku. Bukankah kita semua akan menjadi mayat?"
                                                                                                               
                                                                                                       - http://keretamayat.blogspot.com/

Blogwalking and then jumpa blog kereta mayat. Blog yg sgt menarik dan memberi banyak ilmu. Hmm entry ne bukanlah ingin menceritakan blog tersebut. Tapi tertarik dengan kata-kata dalam blog 2.

"Semua orang akan menjadi mayat, anda tidak mampu mengubahnya"

keretamayat.blogspot.com

Then, baru dapat idea maw update blog ne:
Betul, kita tidak mampu mengubah kematian tapi kita mampu mengubah apa nasib kita di akhirat kelak jika kita betul2 menghargai setiap peluang kita di dunia ne.

Teringat kisah yang memberi pengajaran tapi lupa dgr dari siapa, maybe terdengar or terbaca time zaman sekolah menengah. Cerita dia, ada 2 org kembar yang sangat berbeza perwatakan dan sikap mereka. Si abang yang baik dan si adik yang jahat.

Suatu hari, mereka masing2 decide maw menjadi kembar mereka untuk satu malam 2. Si abang yang baik ingin mencuba menjadi adiknya yang selalu buat dosa. Si adik yang jahat pula mencuba menjadi abang yang selalu beribadat.

Malam 2, abang dia pergi ke tempat pelacuran dan adik pula pergi ke masjid. Si adik dengan penuh rasa rendah diri menangis berdoa kepada Allah SWT memohon keampunan, si abang pula terbuai dengan dunia yang diciptanya sendiri. Memang betul malang itu tidak berbau, tanpa disangka malam 2 berlaku satu gempa bumi di tempat mereka. Kedua-dua kembar meninggal dunia. Mayat si abang yang alim di temui di tempat pelacuran manakala si adik yang dikatakan jahat pula di masjid. Hmm, semua orang terkejut dan terkesima. 

Hmm, memang kita tahu Allah 2 maha Pengampun. Kita buat salah, memohon keampunan dari Allah. InsyaAllah Allah akan ampunkan. Tapi satu yang kita tidak tahu. Kita tidak tahu bila ajal kita. Selagi kita hidup, selagi 2 berusaha buat ibadat dan amal kebaikan. Allah lihat kepada pengakhiran hidup kita sama ada beriman atau tidak. Berdoalah memohon kepada Allah supaya kita mati dalam keadaan yang beriman. Amin.. :)

Ibnu Umar berkata: "Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah diantara kaum mukminin yang paling cerdik? Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian dan paling bagus membuat persiapan untuk kematian" (HR Imam Ibnu Majah)    


# Hidup di dunia ini adalah sebuah perjalanan dan destinasi kita adalah akhirat. :)


Tuesday 22 May 2012

Exam


Alhamdulillah, akhirnya habis exam untuk Sem 2 PPISMP ne. Em, keputusan tu belakang cerita, memang la takut tapi memang tu jak yang diusaha jadi hasilnya pun begitu la juga nanti. Yang penting doa jangan putus kepada Maha Pencipta. :)


Yeah! Ne la yang selalu dialami. =.=


Overall memang semua subjek, jawapan diberi adalah merapu. Serius! Exam dari sekolah menengah sehingga sekarang adalah tempat untuk saya mengasah bakat dalam bidang merapu. :D Bukanla maw cakap semua yang saya jawab adalah merapu semata-mata tapi merapu yang diselitkan dengan fakta yang difahami dan diingat. Kadang-kadang kita perlu merapu untuk menerangkan jawapan yang hendak kita berikan.

Ekpresi pertama pemeriksa kepada calon adalah kepanjangan jawapan kita. Kepanjangan jawapan yang kita terangkan sebenarnya memberi kesan kepada markah pemeriksa kepada calon. Bukanlah maw cakap, semakin panjang jawapan, semakin tinggi markah yang diberi. Tidak! Tapi sekurang-kurangnya ada usaha yang dilihat dan disedari oleh pemeriksa apabila melihat jawapan kita yang berjela. :D Tapi kena hati-hati juga semakin banyak dan panjang jawapan yang kita terangkan semakin banyak kesilapannya. Em, tu yang saya risau sekarang ne. Selain tu juga, tulisan calon juga turut mempengaruhi. Tulisan yang kemas dan cantik mampu melembutkan hati pemeriksa kertas jawapan. Pemeriksa akan senang hati memeriksa kertas jawapan yang mempunyai tulisan jawapan yang kemas, teratur dan cantik. So yang tulisan kemas, teratur, cantik dan molek tu adalah satu kelebihan bagi anda. :p

Tapi walaupun macam tak berapa puas hati dengan exam kali ne apa-apa pun sekarang dalam mood balik rumah. Yeah! Cuti. :D



Cuti~ Cuti~ Senyum sampai telinga sudah ^_^

# They give me question that I don't know, so I give them answer that they don't know :)

Sunday 20 May 2012

Last night


Otak blurr2 semalam. Kasih ajar kawan pun blurr2. Ingat tidur awal semalam dapatlah jawab dengan yakin exam Maths tadi, tapi banyak betul soalan yang memeningkan kepala dari soalan bahagian A and B. Belajar macam ok ja tapi bila jawab exam lain pula jadi. -_-


???

Em, yang penting sekarang ne doa jak lah. Nasib baik assignment Math dibuat dengan bersungguh-sungguh so insyaAllah dapat membantu.

Teringat salah satu surah dalam AlQuran yang membuatkan hati lapang time SPM : Surah Al-Insyirah

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1. Bukankah kami telah lapangkan dadamu (Muhammad)?,
2. dan Kami pun telah menurunkan beban darimu,
3. yang memberatkan punggungmu,
4. dan Kami tinggikan sebutan (nama)mu bagimu.
5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.
7. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain)'
8. dan hanya kepada Tuhanmulah engkau berharap.

Tafsiran yang warna biru memberi kekuatan kepada diri. :)





# Last night, no texts, no calls, nothing.. but still thinking about you like crazy and text you in the morning to let you know I always care about you :)





Wednesday 16 May 2012

Pic3: Cari pasal



 Rupanya saya pun baru perasan saya ne orang yang suka cari pasal. Sorry.


Comelnya budak ne walau tgh cari pasal



# I know ILY because I fight most with the people I love  :)



Pic2: I wonder







# Hmm~ :)

16 Mei




Kepada semua yang bergelar guru especially yang paling dekat dgn diri saya mama kesayangan, cikgu di Tadika Kemas, guru-guru SK Inanam Laut, SMKA Inanam (TUNAS), pensyarah IPGKBL dan guru-guru pelatih.

SELAMAT HARI GURU :)





Terima kasih Cikgu! Tanpa anda siapalah diri saya. :)

#Teringat oral dengan Madam Azura, The Best Job is Teacher. :)




Sunday 13 May 2012

Lebih banyak gambar berbanding tulisan

Esok kami exam, tapi sempat lagi update blog. =.=
Entry kali ini akan lebih banyak gambar berbanding tulisan sebab apa yang hendak disampaikan tu banyak tapi tak mampu diluahkan dengan tulisan. Ceh! :D



Em, sebenarnya saya ingin bercakap mengenai doa. Doa adalah senjata orang mukmin. Selagi masih bernafas, selagi bergelar hamba kepada Allah, berdoalah memohon kepada Allah even apabila jasad terpisah dengan roh sekalipun doa itu mampu membantu dan menghubungkan yang bernyawa dan yang telah pergi. 

"Apabila seorang anak Adam meninggal, maka akan terputus amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan kepadanya" 
                                                                                                                              ( HR Muslim)

Oleh itu, jangan jadi manusia yang sombong dan ego. Ego biar berpada-pada. Jangan ego kepada yang menciptakan kita.

Dan salah satu sebab juga untuk update pasal ini selepas terjumpa dua cebisan kertas di dalam tafsir alQuran yang mengandungi doa-doa belajar, doa menghafal dan doa masuk dewan exam. Masih ingat lagi doa tu disalin dari sebuah majalah Siswa or Fokus SPM semasa tingkatan 5. Sungguh time tu memang banyak doa yang diamalkan. Dan memang diakui doa mampu mengubah takdir seperti hadis yang baru jumpa tadi memang membuka mata dan pintu hati saya.

"Tidak ada yang dapat mengubah takdir selain doa, dan tidak ada yang dapat memanjangkan umur melainkan memperbanyakkan amal kebajikan."
                                                                                                                             (HR Tirmizi)


Maka berdoalah, kerana


Yes, without Allah we are nothing. Mohonlah apa sahaja kepada Allah dengan penuh rendah diri dan pengharapan. InsyaAllah akan dikabulkan...




"HasbunAllah wa ni'mal wakil"
-Cukuplah Allah sebagai penolong kami dan Dia adalah sebaik-baik pelindung-




Mood balik sabah lebih tinggi berbanding exam jadi untuk mengembalikan mood exam, wallpaper hp telah bertukar menjadi gambar buletin bulan Mei yang share tentang 10 tips sebelum peperiksaan yang telah dibuat oleh JPP Exco Kebaso yang sangat mengambil berat tentang kebajikan pelajar2 IPGKBL. Thank you! :p




Saya sangat bersetuju dengan point ke-4, tapi dia suruh highlight point ke-9. :))
"1 perbezaan dan persamaan antara orang berjaya & orang yg gagal iaitu mereka ada keinginan yg sama tetapi usaha yang berbeza"
Dan highlight juga point ke-10 "Sentiasa berdoa dipermudahkan urusan"

 # I LOVE EXAM :D



Thursday 3 May 2012

This post is for you!


Just a simple picture, but I really meant it. :)





Anda buat saya bersemangat pergi kelas tiap hari even selalu lewat datang kelas tapi saya beusaha juga untuk datang kelas awal. Memang tidak selalu la datang awal kan, memang ada yang terlewat juga tapi "there's are always room for improvement". I can't be perfect for 100% but still try to improve it. :)
Sama juga dengan study, semangat ne. Hee~ :p

Thanks a lot! Banyak benda yang saya belajar dari anda sebenarnya. Sebab tu gambar tu pun sudah cukup untuk menceritakan kesemuanya. Simple is better right? :D
       


 # :43 :)









Wednesday 2 May 2012

Pic1: Book Lover


Yeah! totally agree :D




# Beli pun sudah cukup even tak baca tapi rasa puas tu ada and InsyaAllah pasti akan dibaca suatu hari nanti :)



Thursday 19 April 2012

Ada apa dengan youtube?

Yeah!!

I spend berjam-jam tengok video kat youtube. But it make me feel better. Mcm2 lagu yang di dgr, di nyanyi and di download. Tak kisahlah broadband lepas ne akan menjadi nyawa-nyawa ikan. HAHAHA!! Peduli!

But thats the way how I treat myself. Seolah-olah lupa and hilang benda yang sarat dalam kepala. Sehinggalah video2 sedih pula tertgk ne. Aihh, stop! Lagi lama akan makin banyak yg terdownload nnti ne. 






Okayy, cukuplah dengan youtube 2. Assignment~ Assignment~
Satu2 nya assignment yg tinggal utk disiapkan. SEMANGAT la ckit FARA!! Actually bukan ckit BANYAKkan semangat anda! :D

saya akan serius buat kerja lepas ne so jangan kacau saya! Esok baru saya tegur kamu2 semua.
(actuallysayahanyabergurau) 





I don't want to be the red one.


HAHAHA!! Abaikan gambar di atas. Saya hanya merapu. 
* You smile,I smile *


# Saya suka merapu+ketawa time2 tension. Take note :)



Saturday 17 March 2012

Saya suka cuti tapi...


" Siti, cuti bulan 3 tu tanggal berapa arr?"
"10 Mac sampai 18 Mac, awak balik ke nanti?"
"InsyaAllah, balik. Yeah!! Tak sabar nak balik ni." (senyum sampai ke telinga)



 

Hmm, semua orang suka cuti. Terutamanya pelajar bukan pelajar sekolah jak malah siswa dan siswi. Even, yang dah bekerja pun lagilah suka kalau dah kes cuti-cuti Malaysia ni. Pokoknya, semua orang sangat menyukai cuti. Teringat dialog cikgu yang ajar subjek Matematik time tingkatan 3.

"Cikgu paling suka hari Jumaat sebab esok dia cuti"

Erk, terus tengok kawan sebelah then senyum2. Hahaha!! Tak taw la apa yang buat kami geli hati. Tapi time tu, cikgu tu adalah guru favourite kami berdua. Segala tingkah laku dan percakapan dia buat kami ketawa. Memang semangat kalau da subjek Math time tu. Apa yang dia ajar memang konfem masuk kepala. Hehe. :D

Oopps, terkeluar pula dari tajuk. 

Dan sekarang dah 17 Mac, ni bermakna esok da habis cuti dan balik ke IPG. Kami balik ke Batu Lintang lagi~ Huhu. Sebelum cuti bukan main semangat dan tak sabar maw balik rumah. Tulis segala planning satu muka surat. Tapi, bila cuti satu yang dirancang pun tak menjadi. Semua assignment dan homework masi bertimbun. Baru sikit yang siap. So nak salahkan siapa. Salahkan diri sendiri la jawapan dia. Tengok, sempat lagi maw update blog kan. Ngee~

"Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang." [Hadis riwayat Bukhari]

Naa, memang betullah saya telah tertipu. Huhu. Salah sendiri. So kalau salah sendiri takkan maw orang lain lagi tolong perbetulkan. Kenalah ubah diri sendiri. Teringat maksud ayat alQuran ni:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd,11)

Hmm, harap2 cuti yang akan datang akan digunakan masa dengan perkara yang sepatutnya. Eh, bukan time cuti jak. Hehe.

Masa itu emas.
Masa itu ibarat pedang.

#Dapatkah saya menjadi orang yang berdisiplin dengan masa selepas ini? YA! insyaAllah. Hehe. :)



Tuesday 28 February 2012

Maafkan Aku


“Maafkan Aku”

Langkah kecilku perlahan meninggalkan peraduanku,
Meninggalkan bingitnya halwa telinga yang tidak sealunan getaran gelisah jiwaku,
Yang pada luarnya seakan bersahaja-kaku,
Yang pada dasarnya berlumur rasa serba salah-haru..

Jiwa membawa jasadku berlegar di koridor,
Ku hirup dinginnya angin malam membelai,
Menegakkan roma-roma lengan,
Sehelai kertas di peribaanku  sebatang pen tegak di tangan,
Ku mencari lembaran idea sebalik syahdu malam dalam pelusuk ketenangan..

Nukilan ini bingkisan utusan kemaafan,
Andai kata2ku- ada hati luka terpendam,
Hati lara tercengkam,

Walaupun telah sembuh luka itu,
Namun parut tetap disitu,
Maafkan aku.. 

Saturday 25 February 2012

”Sang Perantau”


”Sang Perantau”

Hari ini bak semalam..
Hari ini bak esok lusa..
Hanyalah imbasan memori, realiti dan misteri..
Ku berpijak nyata di atas bumi kenyalang..
Meninggalkan mimpi realiti di negeri puncak tenggara..

Dan
Dalam sanubari terpahat hasrat hati..
Menyelak lembaran ilmu pemeri kata pemetah bicara..
Meskipun berat hati meninggalkan keluarga tercinta..
Di saat pandangan terakhir lambaian perpisahan di balai perlepasan..
Air mata jatuh deras berlinangan..
Semakin ku tahan sebak semakin terasa hati pilu yang membuak-buak..
Namun kugagahi demi kebaikan diriku sekian hari..

Dan
Akan kuhadapi onak dan duri..
Akan kutempuhi liku2 kehidupan..
Demi melegakan kedahagaan masa depan yg gilang gemilang..
Agar tidak ku terhuyung hayang..
Agar ku tidak hanyut oleh derasnya aliran era globalisasi..
Agar bisaku nikmati hidup yang lebih selesa di dunia yang sementara ini..
Yang penuh ujian dugaan cabaran..

Dan
Kakiku beralas lantai berpijak nyata di atas bumi..
Jikalau sukar ku berdiri di atas kaki sendiri..
Manakan bisa ku berpijak di negeri org jikalau sepatu bisa ditembusi paku..
Berdinding sekadar angin..
Berbumbung sekadar langit..
Pilu mengharungi hidup..

Dan
Apa yg pasti tidak akan sesekali ku meratap simpati dan empati..
Sesekali ku sendiri melayan rasa hati..
Ku labuhkan diri pada kerusi di tepi tingkap kamarku..
Mataku jauh termenung..
Sesekali mataku liar terpandang daun2 jatuh berguguran..
Seakan memahami ku cuba menenangkanku..
Pelepah kelapa melambai-lambai dituip angin sepoi2 bahasa..
Seakan2 cuba mencelah gelisahku..

Dan
Hati kecilku berbisik seribu kata namun hanya bisa diam seribu bahasa..
Mengenang nasib diri di perantauan..
Berteman hati tabahku berbalut besi..
Berbekal semangat yang gagah..
Terselit destinasi yang jitu..

Dan
Aku datang,aku lihat,aku pelajari
Dan akan ku jajahi..
Akulah sang perantau..
Dihumban ke lautan menjadi pulau..
Dilempar kedaratan menjadi gunung..

Dan
Wahai negeri puncak tenggara..
Akan ku kembali dlm sepersepuluh abad..
Akan ku bawa segala bahtera yang berkubu di dalam diri..
Akan ku datang membina organisasi baru..

Dan
Maaf kiranya bahasa ku tidak menepati
”yang cantik itu rupa,yang indah itu bahasa”
Namun inilah aku yang tak pernah kenal erti putus asa..
Karna dalam kamus hidupku hanya ada perkataan cuba,cuba dan cuba lagi..
Biarlah insan lain bermadah aku tidur di siang hari bermimpi di tengah hari..
Namun ku meniti hari2 terbit terbenamnya mentari..

Dan
Dengan usaha dan tekadku..
Dengan keberanianku..
Dengan pendirian teguhku..
Segalanya akan digenggamanku..
Meskipun telah ku pijak puncak Kinabalu..
Destinasiku bukan setakat disitu..
Akanku capai segala yang tidak tergapai..
Kerna perjuanganku belum selesai..
::Copyright Reserved 2012::

p/s: 100% by wakil Pelajar Sabah IPG Kampus Batu Lintang, 
       no photocopy,no ciplak,no cetak rompak,ori bha! :D

Friday 24 February 2012

Pemimpin


Kali ini saya akan menulis perihal kepimpinan. Tak kisahlah anda suka baca atau tidak coretan ini, ada pepatah mengatakan "Everything people talk about you is not your business". Di kalangan masyarakat kini, ramai yang menganggap pemimpin itu adalah mereka yang menjadi ketua seperti perdana menteri, datuk bandar, pengetua dan sebagainya. Namun pada dasarnya setiap daripada kita adalah pemimpin.






Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya."

Daripada sabda Rasulullah ini dapat kita simpulkan yang setiap orang itu adalah pemimpin. Pasti timbul persoalan dalam fikiran anda mengapa saya tiba-tiba menulis tentang 'pemimpin' :D

Sebenarnya di institut kami IPG Kampus Batu Lintang iaitu di mana kampus saya belajar sedang menjalankan proses undian terhadap calon-calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Mungkin antara kalian yang menganggap perkara ini remeh tapi sebenarnya mereka inilah yang akan menentukan nasib IPG kerana merekalah yang akan mengendalikan semua pengurusan pelajar-pelajar dan IPG. Kononnya para calon dibenarkan berkempen tapi bukankah ada tatatertib yang mengatakan guru tidak boleh melibatkan diri dalam politik dan sebenarnya berkempen itu adalah salah satu unsur politik? Pada hari ini selesailah segala hal mengenai pengundian, cukup sibuk juga IPG dibuatnya. :D

 Berbalik kepada topik, semua orang adalah pemimpin, saya juga pemimpin. Saya bertanggungjawab ke atas diri saya sendiri, rakan-rakan saya, ibubapa dan murid-murid saya (bakal)..:D Saya bertanggungjawab ke atas diri saya iaitu saya haruslah menimba ilmu hingga ke negeri Cina, menjaga diri saya daripada kemungkaran, menjaga kesopanan diri saya sebagai seorang wanita, menjaga aurat saya, menjaga keayuan saya, ehh..haha..sebenarnya keayuan itu adalah sifat semulajadi seseorang wanita dan ianya tidak boleh di'photocopy' samada secara legal or illegal.

Seterusnya iaitu saya bertanggungjawab ke atas anak murid saya..:D..walaupun agak lama lagi saya akan menghabiskan pengajian saya di IPG ini namun saya harus menyediakan diri saya sepenuhnya untuk menjadi seorang bakal guru. Apakah perubahan yang bakal berlaku pada diri saya sepanjang saya berada di IPG ini, adakah rakan saya masih di sisi, adakah 'rakan' saya masih di sisi? Tapi yang paling penting kena ingat Allah sentiasa ada di sisi kita tak kira apa yang berlaku. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku, apa yang pasti jika kita berniat baik kita akan ditemukan dengan orang yang baik2. Namun pepatah mengatakan "semakin tinggi harapan,semakin tinggi kekecewaan".

Walaupun cita2 sebenar saya bukannya guru, namun Allah telah takdirkan saya menjadi seorang guru. Adakah saya ada ciri2 seorang guru ? :D Tapi kerjaya seorang guru sebenarnya antara kerjaya yang paling mulia. Pernahkah anda mendengar "siapalah kami tanpa guru" ? Dan tak disangka2 kini ianya telah berubah bagi kami iaitu "siapalah anda tanpa kami" opss takbur. Realitinya manakan ada doktor pakar, astronomi, saintis,arkitek, perdana menteri kalau bukan kerna guru..kan2.

Akhir kata jadilah pemimpin yang baik di mata manusia dan di sisi Allah.
Hadis mengatakan “Kamu suka sangat hendak menjadi pemimpin padahal ia boleh menyebabkan dukacita dan rugi besar di akhirat”. Daripada hadis ini kita tahu menjadi seorang pemimpin itu bukanlah kesenangan tapi suatu tanggungjawab yang berat.Pemimpin turut menanggung dosa2 yang dilakukan oleh orang pimpinannya. Samalah seperti seorang bapa yang menanggung dosa seorang anak perempuannya, sehinggalah dia bergelar isteri dan menjadi tanggungjawab suami pula. 'Selangkah kaki seorang anak perempuan keluar dari rumah tanpa kebenaran,selangkah kaki bapanya ke neraka.'

Pimpinlah diri anda
Pimpinlah rakan anda
Pimpinlah saudara anda
Pimpinlah isteri anda
Pimpinlah anak2 anda
Pimpinlah keluarga anda
Pimpinlah masyarakat anda 
Dan tidak mustahil, Pimpinlah negeri anda..(muka yakin)
Negara? InsyaAllah.






Bersama2 kita mempraktikkan apa yang baik..
Wallahualam...

Wednesday 22 February 2012

"Dalam Hati ada Cinta"


"Dalam Hati ada Cinta"

Semestinya setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang samada ianya terzahir atau dibiarkan terpendam dalam hati. Manusia secara fitrahnya diciptakan dengan naluri ingin menyayangi dan disayangi. Dan perasaan itu lebih terasa cengkamannya dengan seseorang yang berlainan jantina, bukannya aku bercakap di luar topik tapi inilah manusia yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan namun diciptakan bisa membezakan cahaya dan kegelapan.

Cinta itu haruslah pada tempatnya. Haruslah dengan hati yang tulus ikhlas dan bukan dengan niat tidak baik melakukan perbuatan di luar tabii. Sebagai manusia kita diciptakan dengan akal untuk berfikir dan kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Ilahi. Cinta itu haruslah yang pertama kepada Allah SWT, Rasullulah, ibubapa kemudian barulah kepada pasangan hidup kita.

Dalam percintaan, kita tidaklah memerlukan kesempurnaan, tetapi ia cuma memerlukan kejujuran. Jika ada kepercayaan yang utuh antara seorang kaum Adam dan Hawa, jangankan ombak tsunami, ribuan rintangan & halangan datang  melanda malah tidak sama sekali bisa menggegarkan sedikit pun keutuhan keabadian cinta di hati mereka. Ramai yang berkata, malah mereka yang telah dahulu makan garam turut bermadah, cinta alam remaja adalah cinta monyet dan hanyalah suatu persinggahan semata-mata. Mungkin ada benarnya tapi apa yang pasti cinta sejati itu datang tanpa dicari, berputik tanpa diusik, merisik hati yang berbisik.


Mr.Google..



Dalam Islam, seseorang yang sudah mencukupi syarat untuk berkahwin haruslah segera berkahwin. Rasulullah SAW pernah berpesan, jangan melambatkan 3 perkara iaitu solat apabila telah masuk waktunya, berkhawin apabila telah bertemu pasangannya, dan jangan memperlambatkan pengebumian jenazah. Segeralah berkahwin apabila anda merasakan yang anda telah menemui pasangan yang sesuai dan boleh membahagiakan kita.

 Dalam hidup ini kita bermula dengan zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman bujang dan zaman dimana kita telah berkahwin. Pada zaman perkhawinanlah kita akan menghabiskan sisa-sisa hidup kita dengan pasangan kita dan bersama-sama mencari bekalan ke akhirat, mencari keredhaanNya dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Dalam memilih pasangan kita tidak perlulah terlalu memilih, asalkan orang itu baik dan berakhlak mulia sudah cukup baik jika dibandingkan dengan seseorang yang kacak tapi tidak mengenal erti budi bahasa. Kepada lelaki, cara terbaik untuk memilih pasangan adalah lihat dari aspek agamanya. Kita ditinggalkan pesan, "seorang lelaki memilih wanita daripada 4 aspek iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama. Pilihlah diantara kamu seseorang daripada aspek agamanya, nescaya kamu akan bahagia". Sebagai lelaki, pandai-pandailah mencari pasangan yang baik, jika kita berniat baik InsyaAllah kita akan ditemukan dengan orang yang baik.

Sebagai lelaki juga haruslah menjaga hati seorang wanita kerana hati wanita mudah terguris, namun untuk menyenangkan hati wanita juga bukannya sukar. Allah SWT berpesan, "Jaga wanita dengan baik,dan yang terbaik diantara kamu adalah mereka yang melayan isteri dengan baik". Mereka adalah tulang rusuk lelaki, maka haruslah ia menyayangi wanita seperti ia menyayangi dirinya sendiri.  Bagi wanita pula, pilihlah lelaki yang boleh memimpin anda mentaatiNya. Adalah lebih baik seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang mencintainya daripada berkahwin dengan lelaki yang dia cintai. Jadilah kamu isteri yang baik kerana sebahagian besar asas kebahagiaan sebuah rumahtangga adalah daripada seorang ibu. Dan isterilah asas kebahagiaan seorang lelaki. Apabila ingin keluar rumah , apabila tiba di rumah, apabila ingin makan minum, apabila tidur, apabila sedih, apabila sakit isteri setia ada di sisi. Lelaki haruslah memahami seorang wanita kerana wanita kadang2 sukar diramal dan sukar difahami.

Sebagai hidup suami isteri, lelaki harus bersedia dengan situasi ini :

1. Apabila dia minum nescafe anda terlebih dahulu, dia cuma ingin pastikan rasanya ok
2. Jika dia nasihat anda untuk bersembahyang, itu kerana dia ingin bersamamu in Jannah
3. Apabila dia cemburu, fikirlah dalam jutaan lelaki dia pilih satu iaitu kamu
4. Apabila masakannya teruk, sekurang2nya dia mencuba dan belajar
5. Apabila dia nampak cantik, katakan dalam hati dia milikku dan hargainya
6. Apabila dia mengambil masa berjam2 untuk bersiap, dia ingin cantik untuk anda
7. Apabila dia katakan jgn pandu laju2, dia hanya ingin anda selamat

Itulah antara sifat2 wanita yang harus difahami oleh seorang suami.
Wanita itu tanggungjawab dan haruslah dijaga seperti seorang puteri.

Mr. Google lagi.. hehe..




Itu sahaja dari saya,nampaknya jam sudah menunjukkan pukul 3.50am.. :D
Dalam kepala banyak lagi idea tapi keadaan mata tidak mengizinkan..haha
p/s : Allah SWT tidak suka hambanya yang mengatakan sesuatu perkara tetapi dia sendiri tidak melakukannya. Jadi sama2 lah kita berusaha mempraktikkan apa yang baik, dan sesungguhnya yang baik itu daripadaNya dan yang kurang baik itu adalah atas kelemahan kita masing2.. :)
Wallahualam..

Saturday 11 February 2012

Hati


Hati-hati dengan hati





Dalam hati manusia ada menyimpan pelbagai rahsia. Hati adalah organ manusia yang diciptakan sungguh istimewa kerana, dengan hati
manusia gembira
manusia bahagia
manusia sedih 
manusia kecewa 

Terserah kepada kita bagaimana untuk menjaga hati kita. Jika kita tidak menjaga hubungan kita dengan manusia,hati kita akan sakit dan jika kita tidak menjaga hubungan dengan Pencipta maka akan gelaplah si hati.

Bagaimana menjaga hubungan dengan manusia agar hati kita tidak sakit? Kita sakit hati bukan sahaja kerana dengan kata2 dan perbuatan orang tetapi kadangkala dari diri kita sendiri. Mungkin orang menyakiti hati kita kerana perbuatan kita sendiri. Oleh itu janganlah mudah marah atau kecewa apabila orang menyakiti hati kita. Mutiara kata bermadah "sekiranya orang marah, jangan lihat pada apa yang dia lakukan pada anda, fikirkan apa yang telah anda lakukan padanya". Kadang-kala kesulitan itu datang daripada diri kita sendiri kerana kadang-kala kita tidak sedar apa yang telah kita lakukan. "Lebih mudah melihat kesilapan orang lain berbanding menyedari kesilapan sendiri". Segeralah meminta maaf jika kita melakukan kesilapan.

Jika ingin diri dimaafkan,biasakan memaafi.
Jika ingin diri disayangi,biasakan menyayangi.

Pemaaf adalah antara sifat2 terpuji Rasulullah. Bercakap mengenai sifat pemaaf Rasulullah ini, saya ada satu cerita,mw dengar? :D

Suatu hari Nabi lalu di hadapan rumah seorang wanita yahudi dan Nabi akan dilempar dengan najis. Dan perkara itu terjadi berulang-ulang setiap kali Nabi lalu di hadapan rumah wanita yahudi tersebut.Namun Rasulullah tidak pernah marah dan dia sentiasa memaafkan wanita tersebut.Sehinggalah suatu ketika apabila wanita tersebut jatuh sakit dan Rasulullah melawat wanita tersebut di rumahnya.Wanita tersebut sungguh terharu dan lantas beliau memeluk Islam. Itulah perbuatan Nabi yang ada hikmah di sebalik sifat kesabaran dan sifat pemaafnya.Bagaimana pula dengan kita? :p

Seterusnya bagaimana menjaga hubungan dengan Allah agar hati kita tidak gelap. Hati manusia gelap kerana penuh dengan dosa-dosa. Setiap dosa yang dilakukan maka terbentuklah satu bintik hitam pada hatinya.
Tunaikanlah segala perintah Allah SWT dan tinggalkan segala apa yang dilarangnya. Pastikan solat lima waktu itu tertunai dan banyakkan beristighfar jika kita melakukan dosa.


"benda yang dalam hati adalah jauh lebih parah dari dosa yang dilakukan oleh anggota"


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati"



# Hati-hati dengan penyakit hati. :)








Thursday 9 February 2012

Jiwang.. :)


Hey you! This is for you.. :)




I'm not sure you know, that the reason I love you ...
is you..
being you, just you..


Rasanya, memang betul. Maybe masalah tu disebabkan ego. Hehe..





Dan memang betul, banyak maw dicakap sebenarnya tapi langsung tak terluah. 


# Apa sebab kalau kita tgk orang tu jantung kita berdegup kencang ..? (ceh~ ayat punyala)
  Think! :)