Tuesday 28 February 2012

Maafkan Aku


“Maafkan Aku”

Langkah kecilku perlahan meninggalkan peraduanku,
Meninggalkan bingitnya halwa telinga yang tidak sealunan getaran gelisah jiwaku,
Yang pada luarnya seakan bersahaja-kaku,
Yang pada dasarnya berlumur rasa serba salah-haru..

Jiwa membawa jasadku berlegar di koridor,
Ku hirup dinginnya angin malam membelai,
Menegakkan roma-roma lengan,
Sehelai kertas di peribaanku  sebatang pen tegak di tangan,
Ku mencari lembaran idea sebalik syahdu malam dalam pelusuk ketenangan..

Nukilan ini bingkisan utusan kemaafan,
Andai kata2ku- ada hati luka terpendam,
Hati lara tercengkam,

Walaupun telah sembuh luka itu,
Namun parut tetap disitu,
Maafkan aku.. 

Saturday 25 February 2012

”Sang Perantau”


”Sang Perantau”

Hari ini bak semalam..
Hari ini bak esok lusa..
Hanyalah imbasan memori, realiti dan misteri..
Ku berpijak nyata di atas bumi kenyalang..
Meninggalkan mimpi realiti di negeri puncak tenggara..

Dan
Dalam sanubari terpahat hasrat hati..
Menyelak lembaran ilmu pemeri kata pemetah bicara..
Meskipun berat hati meninggalkan keluarga tercinta..
Di saat pandangan terakhir lambaian perpisahan di balai perlepasan..
Air mata jatuh deras berlinangan..
Semakin ku tahan sebak semakin terasa hati pilu yang membuak-buak..
Namun kugagahi demi kebaikan diriku sekian hari..

Dan
Akan kuhadapi onak dan duri..
Akan kutempuhi liku2 kehidupan..
Demi melegakan kedahagaan masa depan yg gilang gemilang..
Agar tidak ku terhuyung hayang..
Agar ku tidak hanyut oleh derasnya aliran era globalisasi..
Agar bisaku nikmati hidup yang lebih selesa di dunia yang sementara ini..
Yang penuh ujian dugaan cabaran..

Dan
Kakiku beralas lantai berpijak nyata di atas bumi..
Jikalau sukar ku berdiri di atas kaki sendiri..
Manakan bisa ku berpijak di negeri org jikalau sepatu bisa ditembusi paku..
Berdinding sekadar angin..
Berbumbung sekadar langit..
Pilu mengharungi hidup..

Dan
Apa yg pasti tidak akan sesekali ku meratap simpati dan empati..
Sesekali ku sendiri melayan rasa hati..
Ku labuhkan diri pada kerusi di tepi tingkap kamarku..
Mataku jauh termenung..
Sesekali mataku liar terpandang daun2 jatuh berguguran..
Seakan memahami ku cuba menenangkanku..
Pelepah kelapa melambai-lambai dituip angin sepoi2 bahasa..
Seakan2 cuba mencelah gelisahku..

Dan
Hati kecilku berbisik seribu kata namun hanya bisa diam seribu bahasa..
Mengenang nasib diri di perantauan..
Berteman hati tabahku berbalut besi..
Berbekal semangat yang gagah..
Terselit destinasi yang jitu..

Dan
Aku datang,aku lihat,aku pelajari
Dan akan ku jajahi..
Akulah sang perantau..
Dihumban ke lautan menjadi pulau..
Dilempar kedaratan menjadi gunung..

Dan
Wahai negeri puncak tenggara..
Akan ku kembali dlm sepersepuluh abad..
Akan ku bawa segala bahtera yang berkubu di dalam diri..
Akan ku datang membina organisasi baru..

Dan
Maaf kiranya bahasa ku tidak menepati
”yang cantik itu rupa,yang indah itu bahasa”
Namun inilah aku yang tak pernah kenal erti putus asa..
Karna dalam kamus hidupku hanya ada perkataan cuba,cuba dan cuba lagi..
Biarlah insan lain bermadah aku tidur di siang hari bermimpi di tengah hari..
Namun ku meniti hari2 terbit terbenamnya mentari..

Dan
Dengan usaha dan tekadku..
Dengan keberanianku..
Dengan pendirian teguhku..
Segalanya akan digenggamanku..
Meskipun telah ku pijak puncak Kinabalu..
Destinasiku bukan setakat disitu..
Akanku capai segala yang tidak tergapai..
Kerna perjuanganku belum selesai..
::Copyright Reserved 2012::

p/s: 100% by wakil Pelajar Sabah IPG Kampus Batu Lintang, 
       no photocopy,no ciplak,no cetak rompak,ori bha! :D

Friday 24 February 2012

Pemimpin


Kali ini saya akan menulis perihal kepimpinan. Tak kisahlah anda suka baca atau tidak coretan ini, ada pepatah mengatakan "Everything people talk about you is not your business". Di kalangan masyarakat kini, ramai yang menganggap pemimpin itu adalah mereka yang menjadi ketua seperti perdana menteri, datuk bandar, pengetua dan sebagainya. Namun pada dasarnya setiap daripada kita adalah pemimpin.






Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya."

Daripada sabda Rasulullah ini dapat kita simpulkan yang setiap orang itu adalah pemimpin. Pasti timbul persoalan dalam fikiran anda mengapa saya tiba-tiba menulis tentang 'pemimpin' :D

Sebenarnya di institut kami IPG Kampus Batu Lintang iaitu di mana kampus saya belajar sedang menjalankan proses undian terhadap calon-calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Mungkin antara kalian yang menganggap perkara ini remeh tapi sebenarnya mereka inilah yang akan menentukan nasib IPG kerana merekalah yang akan mengendalikan semua pengurusan pelajar-pelajar dan IPG. Kononnya para calon dibenarkan berkempen tapi bukankah ada tatatertib yang mengatakan guru tidak boleh melibatkan diri dalam politik dan sebenarnya berkempen itu adalah salah satu unsur politik? Pada hari ini selesailah segala hal mengenai pengundian, cukup sibuk juga IPG dibuatnya. :D

 Berbalik kepada topik, semua orang adalah pemimpin, saya juga pemimpin. Saya bertanggungjawab ke atas diri saya sendiri, rakan-rakan saya, ibubapa dan murid-murid saya (bakal)..:D Saya bertanggungjawab ke atas diri saya iaitu saya haruslah menimba ilmu hingga ke negeri Cina, menjaga diri saya daripada kemungkaran, menjaga kesopanan diri saya sebagai seorang wanita, menjaga aurat saya, menjaga keayuan saya, ehh..haha..sebenarnya keayuan itu adalah sifat semulajadi seseorang wanita dan ianya tidak boleh di'photocopy' samada secara legal or illegal.

Seterusnya iaitu saya bertanggungjawab ke atas anak murid saya..:D..walaupun agak lama lagi saya akan menghabiskan pengajian saya di IPG ini namun saya harus menyediakan diri saya sepenuhnya untuk menjadi seorang bakal guru. Apakah perubahan yang bakal berlaku pada diri saya sepanjang saya berada di IPG ini, adakah rakan saya masih di sisi, adakah 'rakan' saya masih di sisi? Tapi yang paling penting kena ingat Allah sentiasa ada di sisi kita tak kira apa yang berlaku. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku, apa yang pasti jika kita berniat baik kita akan ditemukan dengan orang yang baik2. Namun pepatah mengatakan "semakin tinggi harapan,semakin tinggi kekecewaan".

Walaupun cita2 sebenar saya bukannya guru, namun Allah telah takdirkan saya menjadi seorang guru. Adakah saya ada ciri2 seorang guru ? :D Tapi kerjaya seorang guru sebenarnya antara kerjaya yang paling mulia. Pernahkah anda mendengar "siapalah kami tanpa guru" ? Dan tak disangka2 kini ianya telah berubah bagi kami iaitu "siapalah anda tanpa kami" opss takbur. Realitinya manakan ada doktor pakar, astronomi, saintis,arkitek, perdana menteri kalau bukan kerna guru..kan2.

Akhir kata jadilah pemimpin yang baik di mata manusia dan di sisi Allah.
Hadis mengatakan “Kamu suka sangat hendak menjadi pemimpin padahal ia boleh menyebabkan dukacita dan rugi besar di akhirat”. Daripada hadis ini kita tahu menjadi seorang pemimpin itu bukanlah kesenangan tapi suatu tanggungjawab yang berat.Pemimpin turut menanggung dosa2 yang dilakukan oleh orang pimpinannya. Samalah seperti seorang bapa yang menanggung dosa seorang anak perempuannya, sehinggalah dia bergelar isteri dan menjadi tanggungjawab suami pula. 'Selangkah kaki seorang anak perempuan keluar dari rumah tanpa kebenaran,selangkah kaki bapanya ke neraka.'

Pimpinlah diri anda
Pimpinlah rakan anda
Pimpinlah saudara anda
Pimpinlah isteri anda
Pimpinlah anak2 anda
Pimpinlah keluarga anda
Pimpinlah masyarakat anda 
Dan tidak mustahil, Pimpinlah negeri anda..(muka yakin)
Negara? InsyaAllah.






Bersama2 kita mempraktikkan apa yang baik..
Wallahualam...

Wednesday 22 February 2012

"Dalam Hati ada Cinta"


"Dalam Hati ada Cinta"

Semestinya setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang samada ianya terzahir atau dibiarkan terpendam dalam hati. Manusia secara fitrahnya diciptakan dengan naluri ingin menyayangi dan disayangi. Dan perasaan itu lebih terasa cengkamannya dengan seseorang yang berlainan jantina, bukannya aku bercakap di luar topik tapi inilah manusia yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan namun diciptakan bisa membezakan cahaya dan kegelapan.

Cinta itu haruslah pada tempatnya. Haruslah dengan hati yang tulus ikhlas dan bukan dengan niat tidak baik melakukan perbuatan di luar tabii. Sebagai manusia kita diciptakan dengan akal untuk berfikir dan kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Ilahi. Cinta itu haruslah yang pertama kepada Allah SWT, Rasullulah, ibubapa kemudian barulah kepada pasangan hidup kita.

Dalam percintaan, kita tidaklah memerlukan kesempurnaan, tetapi ia cuma memerlukan kejujuran. Jika ada kepercayaan yang utuh antara seorang kaum Adam dan Hawa, jangankan ombak tsunami, ribuan rintangan & halangan datang  melanda malah tidak sama sekali bisa menggegarkan sedikit pun keutuhan keabadian cinta di hati mereka. Ramai yang berkata, malah mereka yang telah dahulu makan garam turut bermadah, cinta alam remaja adalah cinta monyet dan hanyalah suatu persinggahan semata-mata. Mungkin ada benarnya tapi apa yang pasti cinta sejati itu datang tanpa dicari, berputik tanpa diusik, merisik hati yang berbisik.


Mr.Google..



Dalam Islam, seseorang yang sudah mencukupi syarat untuk berkahwin haruslah segera berkahwin. Rasulullah SAW pernah berpesan, jangan melambatkan 3 perkara iaitu solat apabila telah masuk waktunya, berkhawin apabila telah bertemu pasangannya, dan jangan memperlambatkan pengebumian jenazah. Segeralah berkahwin apabila anda merasakan yang anda telah menemui pasangan yang sesuai dan boleh membahagiakan kita.

 Dalam hidup ini kita bermula dengan zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman bujang dan zaman dimana kita telah berkahwin. Pada zaman perkhawinanlah kita akan menghabiskan sisa-sisa hidup kita dengan pasangan kita dan bersama-sama mencari bekalan ke akhirat, mencari keredhaanNya dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Dalam memilih pasangan kita tidak perlulah terlalu memilih, asalkan orang itu baik dan berakhlak mulia sudah cukup baik jika dibandingkan dengan seseorang yang kacak tapi tidak mengenal erti budi bahasa. Kepada lelaki, cara terbaik untuk memilih pasangan adalah lihat dari aspek agamanya. Kita ditinggalkan pesan, "seorang lelaki memilih wanita daripada 4 aspek iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama. Pilihlah diantara kamu seseorang daripada aspek agamanya, nescaya kamu akan bahagia". Sebagai lelaki, pandai-pandailah mencari pasangan yang baik, jika kita berniat baik InsyaAllah kita akan ditemukan dengan orang yang baik.

Sebagai lelaki juga haruslah menjaga hati seorang wanita kerana hati wanita mudah terguris, namun untuk menyenangkan hati wanita juga bukannya sukar. Allah SWT berpesan, "Jaga wanita dengan baik,dan yang terbaik diantara kamu adalah mereka yang melayan isteri dengan baik". Mereka adalah tulang rusuk lelaki, maka haruslah ia menyayangi wanita seperti ia menyayangi dirinya sendiri.  Bagi wanita pula, pilihlah lelaki yang boleh memimpin anda mentaatiNya. Adalah lebih baik seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang mencintainya daripada berkahwin dengan lelaki yang dia cintai. Jadilah kamu isteri yang baik kerana sebahagian besar asas kebahagiaan sebuah rumahtangga adalah daripada seorang ibu. Dan isterilah asas kebahagiaan seorang lelaki. Apabila ingin keluar rumah , apabila tiba di rumah, apabila ingin makan minum, apabila tidur, apabila sedih, apabila sakit isteri setia ada di sisi. Lelaki haruslah memahami seorang wanita kerana wanita kadang2 sukar diramal dan sukar difahami.

Sebagai hidup suami isteri, lelaki harus bersedia dengan situasi ini :

1. Apabila dia minum nescafe anda terlebih dahulu, dia cuma ingin pastikan rasanya ok
2. Jika dia nasihat anda untuk bersembahyang, itu kerana dia ingin bersamamu in Jannah
3. Apabila dia cemburu, fikirlah dalam jutaan lelaki dia pilih satu iaitu kamu
4. Apabila masakannya teruk, sekurang2nya dia mencuba dan belajar
5. Apabila dia nampak cantik, katakan dalam hati dia milikku dan hargainya
6. Apabila dia mengambil masa berjam2 untuk bersiap, dia ingin cantik untuk anda
7. Apabila dia katakan jgn pandu laju2, dia hanya ingin anda selamat

Itulah antara sifat2 wanita yang harus difahami oleh seorang suami.
Wanita itu tanggungjawab dan haruslah dijaga seperti seorang puteri.

Mr. Google lagi.. hehe..




Itu sahaja dari saya,nampaknya jam sudah menunjukkan pukul 3.50am.. :D
Dalam kepala banyak lagi idea tapi keadaan mata tidak mengizinkan..haha
p/s : Allah SWT tidak suka hambanya yang mengatakan sesuatu perkara tetapi dia sendiri tidak melakukannya. Jadi sama2 lah kita berusaha mempraktikkan apa yang baik, dan sesungguhnya yang baik itu daripadaNya dan yang kurang baik itu adalah atas kelemahan kita masing2.. :)
Wallahualam..

Saturday 11 February 2012

Hati


Hati-hati dengan hati





Dalam hati manusia ada menyimpan pelbagai rahsia. Hati adalah organ manusia yang diciptakan sungguh istimewa kerana, dengan hati
manusia gembira
manusia bahagia
manusia sedih 
manusia kecewa 

Terserah kepada kita bagaimana untuk menjaga hati kita. Jika kita tidak menjaga hubungan kita dengan manusia,hati kita akan sakit dan jika kita tidak menjaga hubungan dengan Pencipta maka akan gelaplah si hati.

Bagaimana menjaga hubungan dengan manusia agar hati kita tidak sakit? Kita sakit hati bukan sahaja kerana dengan kata2 dan perbuatan orang tetapi kadangkala dari diri kita sendiri. Mungkin orang menyakiti hati kita kerana perbuatan kita sendiri. Oleh itu janganlah mudah marah atau kecewa apabila orang menyakiti hati kita. Mutiara kata bermadah "sekiranya orang marah, jangan lihat pada apa yang dia lakukan pada anda, fikirkan apa yang telah anda lakukan padanya". Kadang-kala kesulitan itu datang daripada diri kita sendiri kerana kadang-kala kita tidak sedar apa yang telah kita lakukan. "Lebih mudah melihat kesilapan orang lain berbanding menyedari kesilapan sendiri". Segeralah meminta maaf jika kita melakukan kesilapan.

Jika ingin diri dimaafkan,biasakan memaafi.
Jika ingin diri disayangi,biasakan menyayangi.

Pemaaf adalah antara sifat2 terpuji Rasulullah. Bercakap mengenai sifat pemaaf Rasulullah ini, saya ada satu cerita,mw dengar? :D

Suatu hari Nabi lalu di hadapan rumah seorang wanita yahudi dan Nabi akan dilempar dengan najis. Dan perkara itu terjadi berulang-ulang setiap kali Nabi lalu di hadapan rumah wanita yahudi tersebut.Namun Rasulullah tidak pernah marah dan dia sentiasa memaafkan wanita tersebut.Sehinggalah suatu ketika apabila wanita tersebut jatuh sakit dan Rasulullah melawat wanita tersebut di rumahnya.Wanita tersebut sungguh terharu dan lantas beliau memeluk Islam. Itulah perbuatan Nabi yang ada hikmah di sebalik sifat kesabaran dan sifat pemaafnya.Bagaimana pula dengan kita? :p

Seterusnya bagaimana menjaga hubungan dengan Allah agar hati kita tidak gelap. Hati manusia gelap kerana penuh dengan dosa-dosa. Setiap dosa yang dilakukan maka terbentuklah satu bintik hitam pada hatinya.
Tunaikanlah segala perintah Allah SWT dan tinggalkan segala apa yang dilarangnya. Pastikan solat lima waktu itu tertunai dan banyakkan beristighfar jika kita melakukan dosa.


"benda yang dalam hati adalah jauh lebih parah dari dosa yang dilakukan oleh anggota"


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati"



# Hati-hati dengan penyakit hati. :)








Thursday 9 February 2012

Jiwang.. :)


Hey you! This is for you.. :)




I'm not sure you know, that the reason I love you ...
is you..
being you, just you..


Rasanya, memang betul. Maybe masalah tu disebabkan ego. Hehe..





Dan memang betul, banyak maw dicakap sebenarnya tapi langsung tak terluah. 


# Apa sebab kalau kita tgk orang tu jantung kita berdegup kencang ..? (ceh~ ayat punyala)
  Think! :)











Tuesday 7 February 2012

hari bahagia seorang wanita..

AKU SAYANG BAPA AKU (pengakuan)

Semua orang sayang bapa la. Ya tak dinafikan. Tapi kalau korang baca statement kat bawah ne. Mesti sayang korang makin tambah. Aiseh.

Statement ne aku copy jak dari facebook. Hehe copycat. Tapi oleh kerana ia membuatkan aku sedih dan ******** sebab tu aku maw copy juga.



APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.

Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..

(sebarkan jika kita sayang kepada ayah kita)

Ɩ♥ѵӗ U ayah ({})♥

* mungkin ramai yang tidak kisah akan kasih sayang seorang ayah ataupun redhanya... saat kita exam, adakah kita akan meminta ayah mendoakan kita. kebanyakannya akan meminta doa seorang ibu.

* sedalam dalam hati ayah, ada perasaan mahu melakukan yang terbaik untuk ahli keluarganya.

* answer me, siapa lelaki terbaik yang pernah hidup dalam hidup kalian? yang sanggup berkorban duit, sanggup melukakan dirinya untuk kalian...♥



sedihkan ;(
tipulah kalau korang cakap tak sedih. Clash dengan boyfriend boleh pula nangis2. Ooppss, mulut celupar sikit. Hehe.

Eh, tapi apasal pula tajuk entry ne lain dengan apa yang di post. Hehe. Actually, ada lagi..

Hmm, hari bahagia seorang wanita adalah pada hari perkahwinannya. Wah! time tu memei la (KL gangster la pula) happy gila2 kan tahap +++ happy. Tapi dalam kita bergembira, pasti ada yang berduka. Eh, macam lagu raya. Hehe. Tapi serius memang ada yang sedang menangis tapi actually bukan sedih tapi mengeluarkan air mata bahagia dan tentunya rasa sayu juga saat lafaz ijab nikah kita tu.

Rupa-rupanya.. Bapa dan mama kita menangis. Nampak macam cool kan tapi dalam hati. Ada sebab bapa kita nangis sebenarnya.. Hmm..


video ne jugak buat aku sedih+******** :(

Bukan la maw suru korang sedih2. Tapi bila hayati lirik lagu tu, ada betulnya. Saat lafaz sakinah (akad nikah) dilafazkan time tu kita sudah menjadi tanggungjawab kepada seorang lelaki tetapi bukan bapa kita lagi tapi kepada insan yang bergelar suami. Tengok betapa besarnya tanggungjawab seorang lelaki tu. Mereka la yang akan memimpin golongan hawa ne. Sesungguhnya, kaum wanita ne sangat rapuh imannya, perlukan pimpinan. Lagi pun iman manusia ada pasang surutnya. 

Dan kepada bakal2 suami diluar sana dan bakal2 isteri juga, try la dengar dan hayati lagu ne. Mungkin pesanan tu tidak terlafaz dari mulut bapa mertua dan bapa anda tetapi bagaimana pula disudut hatinya..?

# Pilihlah calon suami dan isteri yang membawa kita ke jalan redhaNYA. Tapi kena ingat juga, nak yang soleh kenalah jadi solehah dulu dan nak yang solehah kenalah jadi soleh. Rightio.. (^_^)