Monday 19 January 2015

Cacing


A: Esok pakai baju purple. Tapi baju tu kan kau sudah pakai tadi.

B: Aku sembur minyak wangi ja nanti.

A: Tapi nafas masih bau.

B: Aku sembur minyak wangi di mulut juga.

A: Kalau kau mau keracunan.

B: Aku mana pandai keracunan makanan.

A: Oh lupa, cacing dalam perut kau aktif. 

Sunday 18 January 2015

Kawan


Kawan? Aku ada kawan. Tapi tak ramai mcm kawan semasa sekolah menengah.
Kawan? Aku ada kawan. Tapi tak semesra dan tak serapat mcm kawan semasa sekolah menengah.
Kawan? Aku ada kawan. Ya, aku ada kawan. Aku memang ada kawan.

Bukan aku nak puji kawan sekolah menengah aku tapi betullah kawan semasa sekolah menengah adalah kawan yg kau akan ingat sampai mati. Friends for life lah org putih cakap. Zaman sekolah menengah adalah ketika kau meningkat ke alam remaja dari alam kanak-kanak. Dari kau masih hingusan sampai kau pandai berdikari. Dimana proses kematangan fizikal, emosi dan mental berlaku pada zaman ni (zaman sekolah menengah / alam remaja).

Zaman sekolah menengah ni, aku belajar macam-macam dan aku tempuhi pelbagai asam garam dalam kehidupan. Suka, duka, pahit dan manis semuanya dikongsi dengan kawan-kawan. Terutama bila kau tinggal asrama. Duduk asrama selama 5 tahun, mustahil kau tak kenal kawan kau. Duduk asrama selama 5 tahun, mustahil tak ada kisah sedih, lucu dan seram yang terjadi. Kau pergi mana-mana kau ada kawan. Ya zaman sekolah menengah lah kau dikelilingi dengan kawan.

But.

Bila aku mnginjak ke alam dewasa ni. Aku ada kawan. Aku memang ada kawan. Mungkin aku tak ada kawan yg ramai, yg serapat dan semesra dgn aku mcm zaman sekolah menengah. Tapi kawan yg sedikit ini lah, yg akan aku hargai.






Sunday 14 July 2013

Alone

Salam Ramadhan untuk hari ke-5 puasa. Hehe :)
Ya ya ya. Aku taw, blog lama x update. Haha!
Ala, blog yg x seberapa ini, xda org yang akan baca kecuali someone tu. :p


So.

Hari ini, aku bersendirian untuk membeli barang-barang keperluan diri di Plaza Merdeka Kuching. Selalunya aku akan ditemani. Ya, memang. Aku mesti akan ditemani tapi hari ini tidak. Bukanlah aku nak cakap, aku tak pandai berdikari tapi untuk berjalan tanpa tujuan seorang diri aku tak pandai. Aku tidak tahu arah tuju bila tidak ada tujuan.

Setelah habis membeli barang-barang, aku duduk seorang diri untuk diambil oleh kawan aku. Aku main handphone. Aku jenguk satu persatu laman sosial. Aku ambil gambar sendiri. Hahaha! Nampakkan kebosanan yang melanda diri ini bila keseorangan. Thank you so much la handphone sebab kau memang peneman di kala aku atau siapa-siapa yang keseorangan atau kesunyian. Memang smartphone.


Bila bersendirian, aku perhatikan gelagat orang ramai.
Bila bersendirian, aku takut duit tidak cukup.
Bila bersendirian, aku risau dengan keadaan sekeliling yang mungkin tidak selamat.

Dan.
Bila bersendirian, aku baru sedar yang sebenarnya tindak tanduk kita juga diperhatikan orang.
Bila bersendirian, aku belajar untuk mengutamakan keperluan dari kehendak.
Bila bersendirian, aku belajar untuk berdikari, yakin diri untuk berdiri atas kaki sendiri. 


Kalau hidup terlalu bergantung dengan orang, mcm mana nak maju. :D

# Tidak selama-lamanya aku akan ditemani tapi aku harap ada dia untuk selalu menemani. :)


Tuesday 6 November 2012

Hari ini

Alhamdulillah hari ini sangat istimewa, alhamdulillah hari ini sangat gembira, alhamdulillah hari ini sangat menyeronokkan dan alhamdulillah hari ini sangat bahagia. Alhamdulillah.




Masa tidak pernah menunggu manusia. Hari demi hari berlalu, minggu demi minggu, bulan berganti bulan, tahun hampir ke penghujungnya, terpulang kepada kita untuk menghargai dan bersyukur terhadap setiap nikmat yang ada pada kita ketika ini. Alhamdulillah. Masa berlalu, memori tercipta tidak kira manis mahupun pahit. Tidak semua pahit itu derita, dan manis itu sememangnya gembira dan bahagia.

Dan hari ini, 06 November 2012. Hari kita. Alhamdulillah.


# Yang manis jadikan kenangan, yang pahit perbetulkan :)



Thursday 25 October 2012

Gambar lagi

Beraya di perantauan untuk kedua kalinya. Salam Aidiladha!





# Ada kisah di Hari Raya Aidiladha tahun lalu :)

Thursday 18 October 2012

Sorry

Sorry, Minta maaf, Aasif..

I've hurt you again. Sorry. Semuanya salah sendiri. Over thinking :(




# I care and think too much and that's how we get hurt. Not only me but both of us. Sorry, I love you.