Saturday 17 March 2012

Saya suka cuti tapi...


" Siti, cuti bulan 3 tu tanggal berapa arr?"
"10 Mac sampai 18 Mac, awak balik ke nanti?"
"InsyaAllah, balik. Yeah!! Tak sabar nak balik ni." (senyum sampai ke telinga)



 

Hmm, semua orang suka cuti. Terutamanya pelajar bukan pelajar sekolah jak malah siswa dan siswi. Even, yang dah bekerja pun lagilah suka kalau dah kes cuti-cuti Malaysia ni. Pokoknya, semua orang sangat menyukai cuti. Teringat dialog cikgu yang ajar subjek Matematik time tingkatan 3.

"Cikgu paling suka hari Jumaat sebab esok dia cuti"

Erk, terus tengok kawan sebelah then senyum2. Hahaha!! Tak taw la apa yang buat kami geli hati. Tapi time tu, cikgu tu adalah guru favourite kami berdua. Segala tingkah laku dan percakapan dia buat kami ketawa. Memang semangat kalau da subjek Math time tu. Apa yang dia ajar memang konfem masuk kepala. Hehe. :D

Oopps, terkeluar pula dari tajuk. 

Dan sekarang dah 17 Mac, ni bermakna esok da habis cuti dan balik ke IPG. Kami balik ke Batu Lintang lagi~ Huhu. Sebelum cuti bukan main semangat dan tak sabar maw balik rumah. Tulis segala planning satu muka surat. Tapi, bila cuti satu yang dirancang pun tak menjadi. Semua assignment dan homework masi bertimbun. Baru sikit yang siap. So nak salahkan siapa. Salahkan diri sendiri la jawapan dia. Tengok, sempat lagi maw update blog kan. Ngee~

"Ada dua nikmat yang ramai orang tertipu oleh keduanya; iaitu nikmat sihat dan waktu lapang." [Hadis riwayat Bukhari]

Naa, memang betullah saya telah tertipu. Huhu. Salah sendiri. So kalau salah sendiri takkan maw orang lain lagi tolong perbetulkan. Kenalah ubah diri sendiri. Teringat maksud ayat alQuran ni:

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri." (Surah Ar-Ra'd,11)

Hmm, harap2 cuti yang akan datang akan digunakan masa dengan perkara yang sepatutnya. Eh, bukan time cuti jak. Hehe.

Masa itu emas.
Masa itu ibarat pedang.

#Dapatkah saya menjadi orang yang berdisiplin dengan masa selepas ini? YA! insyaAllah. Hehe. :)