Sunday 18 January 2015

Kawan


Kawan? Aku ada kawan. Tapi tak ramai mcm kawan semasa sekolah menengah.
Kawan? Aku ada kawan. Tapi tak semesra dan tak serapat mcm kawan semasa sekolah menengah.
Kawan? Aku ada kawan. Ya, aku ada kawan. Aku memang ada kawan.

Bukan aku nak puji kawan sekolah menengah aku tapi betullah kawan semasa sekolah menengah adalah kawan yg kau akan ingat sampai mati. Friends for life lah org putih cakap. Zaman sekolah menengah adalah ketika kau meningkat ke alam remaja dari alam kanak-kanak. Dari kau masih hingusan sampai kau pandai berdikari. Dimana proses kematangan fizikal, emosi dan mental berlaku pada zaman ni (zaman sekolah menengah / alam remaja).

Zaman sekolah menengah ni, aku belajar macam-macam dan aku tempuhi pelbagai asam garam dalam kehidupan. Suka, duka, pahit dan manis semuanya dikongsi dengan kawan-kawan. Terutama bila kau tinggal asrama. Duduk asrama selama 5 tahun, mustahil kau tak kenal kawan kau. Duduk asrama selama 5 tahun, mustahil tak ada kisah sedih, lucu dan seram yang terjadi. Kau pergi mana-mana kau ada kawan. Ya zaman sekolah menengah lah kau dikelilingi dengan kawan.

But.

Bila aku mnginjak ke alam dewasa ni. Aku ada kawan. Aku memang ada kawan. Mungkin aku tak ada kawan yg ramai, yg serapat dan semesra dgn aku mcm zaman sekolah menengah. Tapi kawan yg sedikit ini lah, yg akan aku hargai.






No comments:

Post a Comment