Wednesday 22 February 2012

"Dalam Hati ada Cinta"


"Dalam Hati ada Cinta"

Semestinya setiap daripada kita tidak akan terlepas daripada perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang samada ianya terzahir atau dibiarkan terpendam dalam hati. Manusia secara fitrahnya diciptakan dengan naluri ingin menyayangi dan disayangi. Dan perasaan itu lebih terasa cengkamannya dengan seseorang yang berlainan jantina, bukannya aku bercakap di luar topik tapi inilah manusia yang penuh dengan kelemahan dan kesilapan namun diciptakan bisa membezakan cahaya dan kegelapan.

Cinta itu haruslah pada tempatnya. Haruslah dengan hati yang tulus ikhlas dan bukan dengan niat tidak baik melakukan perbuatan di luar tabii. Sebagai manusia kita diciptakan dengan akal untuk berfikir dan kita adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Ilahi. Cinta itu haruslah yang pertama kepada Allah SWT, Rasullulah, ibubapa kemudian barulah kepada pasangan hidup kita.

Dalam percintaan, kita tidaklah memerlukan kesempurnaan, tetapi ia cuma memerlukan kejujuran. Jika ada kepercayaan yang utuh antara seorang kaum Adam dan Hawa, jangankan ombak tsunami, ribuan rintangan & halangan datang  melanda malah tidak sama sekali bisa menggegarkan sedikit pun keutuhan keabadian cinta di hati mereka. Ramai yang berkata, malah mereka yang telah dahulu makan garam turut bermadah, cinta alam remaja adalah cinta monyet dan hanyalah suatu persinggahan semata-mata. Mungkin ada benarnya tapi apa yang pasti cinta sejati itu datang tanpa dicari, berputik tanpa diusik, merisik hati yang berbisik.


Mr.Google..



Dalam Islam, seseorang yang sudah mencukupi syarat untuk berkahwin haruslah segera berkahwin. Rasulullah SAW pernah berpesan, jangan melambatkan 3 perkara iaitu solat apabila telah masuk waktunya, berkhawin apabila telah bertemu pasangannya, dan jangan memperlambatkan pengebumian jenazah. Segeralah berkahwin apabila anda merasakan yang anda telah menemui pasangan yang sesuai dan boleh membahagiakan kita.

 Dalam hidup ini kita bermula dengan zaman kanak-kanak, zaman remaja, zaman bujang dan zaman dimana kita telah berkahwin. Pada zaman perkhawinanlah kita akan menghabiskan sisa-sisa hidup kita dengan pasangan kita dan bersama-sama mencari bekalan ke akhirat, mencari keredhaanNya dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat.

Dalam memilih pasangan kita tidak perlulah terlalu memilih, asalkan orang itu baik dan berakhlak mulia sudah cukup baik jika dibandingkan dengan seseorang yang kacak tapi tidak mengenal erti budi bahasa. Kepada lelaki, cara terbaik untuk memilih pasangan adalah lihat dari aspek agamanya. Kita ditinggalkan pesan, "seorang lelaki memilih wanita daripada 4 aspek iaitu kecantikan, harta, keturunan dan agama. Pilihlah diantara kamu seseorang daripada aspek agamanya, nescaya kamu akan bahagia". Sebagai lelaki, pandai-pandailah mencari pasangan yang baik, jika kita berniat baik InsyaAllah kita akan ditemukan dengan orang yang baik.

Sebagai lelaki juga haruslah menjaga hati seorang wanita kerana hati wanita mudah terguris, namun untuk menyenangkan hati wanita juga bukannya sukar. Allah SWT berpesan, "Jaga wanita dengan baik,dan yang terbaik diantara kamu adalah mereka yang melayan isteri dengan baik". Mereka adalah tulang rusuk lelaki, maka haruslah ia menyayangi wanita seperti ia menyayangi dirinya sendiri.  Bagi wanita pula, pilihlah lelaki yang boleh memimpin anda mentaatiNya. Adalah lebih baik seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang mencintainya daripada berkahwin dengan lelaki yang dia cintai. Jadilah kamu isteri yang baik kerana sebahagian besar asas kebahagiaan sebuah rumahtangga adalah daripada seorang ibu. Dan isterilah asas kebahagiaan seorang lelaki. Apabila ingin keluar rumah , apabila tiba di rumah, apabila ingin makan minum, apabila tidur, apabila sedih, apabila sakit isteri setia ada di sisi. Lelaki haruslah memahami seorang wanita kerana wanita kadang2 sukar diramal dan sukar difahami.

Sebagai hidup suami isteri, lelaki harus bersedia dengan situasi ini :

1. Apabila dia minum nescafe anda terlebih dahulu, dia cuma ingin pastikan rasanya ok
2. Jika dia nasihat anda untuk bersembahyang, itu kerana dia ingin bersamamu in Jannah
3. Apabila dia cemburu, fikirlah dalam jutaan lelaki dia pilih satu iaitu kamu
4. Apabila masakannya teruk, sekurang2nya dia mencuba dan belajar
5. Apabila dia nampak cantik, katakan dalam hati dia milikku dan hargainya
6. Apabila dia mengambil masa berjam2 untuk bersiap, dia ingin cantik untuk anda
7. Apabila dia katakan jgn pandu laju2, dia hanya ingin anda selamat

Itulah antara sifat2 wanita yang harus difahami oleh seorang suami.
Wanita itu tanggungjawab dan haruslah dijaga seperti seorang puteri.

Mr. Google lagi.. hehe..




Itu sahaja dari saya,nampaknya jam sudah menunjukkan pukul 3.50am.. :D
Dalam kepala banyak lagi idea tapi keadaan mata tidak mengizinkan..haha
p/s : Allah SWT tidak suka hambanya yang mengatakan sesuatu perkara tetapi dia sendiri tidak melakukannya. Jadi sama2 lah kita berusaha mempraktikkan apa yang baik, dan sesungguhnya yang baik itu daripadaNya dan yang kurang baik itu adalah atas kelemahan kita masing2.. :)
Wallahualam..

No comments:

Post a Comment