Saturday 11 February 2012

Hati


Hati-hati dengan hati





Dalam hati manusia ada menyimpan pelbagai rahsia. Hati adalah organ manusia yang diciptakan sungguh istimewa kerana, dengan hati
manusia gembira
manusia bahagia
manusia sedih 
manusia kecewa 

Terserah kepada kita bagaimana untuk menjaga hati kita. Jika kita tidak menjaga hubungan kita dengan manusia,hati kita akan sakit dan jika kita tidak menjaga hubungan dengan Pencipta maka akan gelaplah si hati.

Bagaimana menjaga hubungan dengan manusia agar hati kita tidak sakit? Kita sakit hati bukan sahaja kerana dengan kata2 dan perbuatan orang tetapi kadangkala dari diri kita sendiri. Mungkin orang menyakiti hati kita kerana perbuatan kita sendiri. Oleh itu janganlah mudah marah atau kecewa apabila orang menyakiti hati kita. Mutiara kata bermadah "sekiranya orang marah, jangan lihat pada apa yang dia lakukan pada anda, fikirkan apa yang telah anda lakukan padanya". Kadang-kala kesulitan itu datang daripada diri kita sendiri kerana kadang-kala kita tidak sedar apa yang telah kita lakukan. "Lebih mudah melihat kesilapan orang lain berbanding menyedari kesilapan sendiri". Segeralah meminta maaf jika kita melakukan kesilapan.

Jika ingin diri dimaafkan,biasakan memaafi.
Jika ingin diri disayangi,biasakan menyayangi.

Pemaaf adalah antara sifat2 terpuji Rasulullah. Bercakap mengenai sifat pemaaf Rasulullah ini, saya ada satu cerita,mw dengar? :D

Suatu hari Nabi lalu di hadapan rumah seorang wanita yahudi dan Nabi akan dilempar dengan najis. Dan perkara itu terjadi berulang-ulang setiap kali Nabi lalu di hadapan rumah wanita yahudi tersebut.Namun Rasulullah tidak pernah marah dan dia sentiasa memaafkan wanita tersebut.Sehinggalah suatu ketika apabila wanita tersebut jatuh sakit dan Rasulullah melawat wanita tersebut di rumahnya.Wanita tersebut sungguh terharu dan lantas beliau memeluk Islam. Itulah perbuatan Nabi yang ada hikmah di sebalik sifat kesabaran dan sifat pemaafnya.Bagaimana pula dengan kita? :p

Seterusnya bagaimana menjaga hubungan dengan Allah agar hati kita tidak gelap. Hati manusia gelap kerana penuh dengan dosa-dosa. Setiap dosa yang dilakukan maka terbentuklah satu bintik hitam pada hatinya.
Tunaikanlah segala perintah Allah SWT dan tinggalkan segala apa yang dilarangnya. Pastikan solat lima waktu itu tertunai dan banyakkan beristighfar jika kita melakukan dosa.


"benda yang dalam hati adalah jauh lebih parah dari dosa yang dilakukan oleh anggota"


Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Ketahuilah dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati"



# Hati-hati dengan penyakit hati. :)








No comments:

Post a Comment