Friday 24 February 2012

Pemimpin


Kali ini saya akan menulis perihal kepimpinan. Tak kisahlah anda suka baca atau tidak coretan ini, ada pepatah mengatakan "Everything people talk about you is not your business". Di kalangan masyarakat kini, ramai yang menganggap pemimpin itu adalah mereka yang menjadi ketua seperti perdana menteri, datuk bandar, pengetua dan sebagainya. Namun pada dasarnya setiap daripada kita adalah pemimpin.






Rasulullah s.a.w bersabda “Setiap kamu adalah pemimpin dan kamu sekalian akan ditanya perihal kepimpinan kamu. Seorang Imam adalah pemimpin dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Isteri adalah pemimpin dalam rumahtangga suaminya dan dia akan ditanya mengenai tanggungjawab kepimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin harta majikan dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Seorang anak adalah pemimpin harta bapanya dan dia bertanggungjawab mengenai kepimpinannya. Maka setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya."

Daripada sabda Rasulullah ini dapat kita simpulkan yang setiap orang itu adalah pemimpin. Pasti timbul persoalan dalam fikiran anda mengapa saya tiba-tiba menulis tentang 'pemimpin' :D

Sebenarnya di institut kami IPG Kampus Batu Lintang iaitu di mana kampus saya belajar sedang menjalankan proses undian terhadap calon-calon Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP). Mungkin antara kalian yang menganggap perkara ini remeh tapi sebenarnya mereka inilah yang akan menentukan nasib IPG kerana merekalah yang akan mengendalikan semua pengurusan pelajar-pelajar dan IPG. Kononnya para calon dibenarkan berkempen tapi bukankah ada tatatertib yang mengatakan guru tidak boleh melibatkan diri dalam politik dan sebenarnya berkempen itu adalah salah satu unsur politik? Pada hari ini selesailah segala hal mengenai pengundian, cukup sibuk juga IPG dibuatnya. :D

 Berbalik kepada topik, semua orang adalah pemimpin, saya juga pemimpin. Saya bertanggungjawab ke atas diri saya sendiri, rakan-rakan saya, ibubapa dan murid-murid saya (bakal)..:D Saya bertanggungjawab ke atas diri saya iaitu saya haruslah menimba ilmu hingga ke negeri Cina, menjaga diri saya daripada kemungkaran, menjaga kesopanan diri saya sebagai seorang wanita, menjaga aurat saya, menjaga keayuan saya, ehh..haha..sebenarnya keayuan itu adalah sifat semulajadi seseorang wanita dan ianya tidak boleh di'photocopy' samada secara legal or illegal.

Seterusnya iaitu saya bertanggungjawab ke atas anak murid saya..:D..walaupun agak lama lagi saya akan menghabiskan pengajian saya di IPG ini namun saya harus menyediakan diri saya sepenuhnya untuk menjadi seorang bakal guru. Apakah perubahan yang bakal berlaku pada diri saya sepanjang saya berada di IPG ini, adakah rakan saya masih di sisi, adakah 'rakan' saya masih di sisi? Tapi yang paling penting kena ingat Allah sentiasa ada di sisi kita tak kira apa yang berlaku. Kita tidak tahu apa yang bakal berlaku, apa yang pasti jika kita berniat baik kita akan ditemukan dengan orang yang baik2. Namun pepatah mengatakan "semakin tinggi harapan,semakin tinggi kekecewaan".

Walaupun cita2 sebenar saya bukannya guru, namun Allah telah takdirkan saya menjadi seorang guru. Adakah saya ada ciri2 seorang guru ? :D Tapi kerjaya seorang guru sebenarnya antara kerjaya yang paling mulia. Pernahkah anda mendengar "siapalah kami tanpa guru" ? Dan tak disangka2 kini ianya telah berubah bagi kami iaitu "siapalah anda tanpa kami" opss takbur. Realitinya manakan ada doktor pakar, astronomi, saintis,arkitek, perdana menteri kalau bukan kerna guru..kan2.

Akhir kata jadilah pemimpin yang baik di mata manusia dan di sisi Allah.
Hadis mengatakan “Kamu suka sangat hendak menjadi pemimpin padahal ia boleh menyebabkan dukacita dan rugi besar di akhirat”. Daripada hadis ini kita tahu menjadi seorang pemimpin itu bukanlah kesenangan tapi suatu tanggungjawab yang berat.Pemimpin turut menanggung dosa2 yang dilakukan oleh orang pimpinannya. Samalah seperti seorang bapa yang menanggung dosa seorang anak perempuannya, sehinggalah dia bergelar isteri dan menjadi tanggungjawab suami pula. 'Selangkah kaki seorang anak perempuan keluar dari rumah tanpa kebenaran,selangkah kaki bapanya ke neraka.'

Pimpinlah diri anda
Pimpinlah rakan anda
Pimpinlah saudara anda
Pimpinlah isteri anda
Pimpinlah anak2 anda
Pimpinlah keluarga anda
Pimpinlah masyarakat anda 
Dan tidak mustahil, Pimpinlah negeri anda..(muka yakin)
Negara? InsyaAllah.






Bersama2 kita mempraktikkan apa yang baik..
Wallahualam...

No comments:

Post a Comment